Abdul Ghani Abdul Hamid merupakan seorang penulis Melayu yang telah banyak meyumbang kepada masyarakat melayu kami ini, dari segi bidang penulisan. Encik Ghani, yand dilahirkan pada tanggal 13 April 1933, telah mula menulis pada usia yang cukup muda – sewaktu masih di bangku sekolah lagi. Beliau tidak sahaja merupakan seorang penulis yang cukup hebat, beliau juga seorang pelukis yang telahpun mengambil bahagian dalam lebih daripada 60 pameran lukisan sejak tahun 1950. Beliau juga merupakan pengasas Angkatan Pelukis Aneka Daya, dan telah berjaya meraih 3 anugerah yang cukup gah dan bermartabat tinggi – iaitu anugerah Tun Seri Lanang (1998), Anugerah Penulisan Puisi Melayu Asia Tenggara (1998) dan Medalion Kebudayaan (1999).
Sebagai seorang pelajar di Institusi Raffles, Encik Ghani sering menulis karangan dan juga menyimpan sebuah jurnal. Karya penulisannya itu tidak lama lagi terus meningkat pada tahap penulisan puisi dan beberapa lagi karya penulisan yang berbeza. Hasil penulisannya ini kemudian disumbang kepada akhbar serta risalah-risalah Melayu. Beliau sering terimbas kembali waktu-waktu ketika beliau akan berjalan dari sekolahnya lalau menuju ke sebuah syarikat produksi Melayu pada setiap minggu untuk menerima bayaran bagi setiap penulisan yang beliau sumbangkan. Di Institusi Raffles juga, beliau mengendalikan pameran lukisannya yang pertama bersamaan dengan Youth Festival .
Setelah meninggalkan Institusi Raffles, Encik Ghani menjadi seorang kerani sepenuh masa dengan Lembaga Kemudahan Awam. Walaupun sibuk dengan jadual sehariannya sebagai kerani sepenuh masa dan juga sebagai bapa kepada 4 orang anak, beliau tetap mengusahakan karya-karya tulisan pada masa lapangnya; selalunya pada waktu 9 hingga 12 malam. Di hujung minggu pula, beliau menyalurkan tenaganya pada satu lagi bidang yang sungguh dia minati, iaitu bidang lukisan. Seperti Encik Ghani sendiri berkata, “Jika saya sudah penat menulis, saya akan melukis. Juka saya penat melukis pula, saya akan menulis.” Maka tidak hairanlah jika karya lukisan dan penulisan beliau kedua-duanya mengongsi subjek dan tajuk yang sama.
Encik Ghani bukan sahaja aktif dalam bidang penulisan dan lukisan, beliau juga menceburi bidang seni tempatan. Pada tahun 1962, beliau mengasaskan Angkatan Pelukis Aneka Daya(APAD), dengan moto nya “Secita Mencipta” . dengan bimbingan, kebijaksanaan dan kesetiaannya pada persatuan itu, APAD berjaya meraih banyak kemenangan.
Sketsa-sketsa yang dihasilnya telahpun diperbaharui oleh banyak kumpulan berlainan dan juga sudah berkali dipentaskan pada beberapa festival drama di singapura. Beliau juga menghasilkan drama-drama radio. Malah, satu novel tulisannya “Delima Merah Di Jari Manis” telahpun diperterjemahkan kepada Bahasa Cina. Malangnya, tidak banyak karya manuscript dan typescript nya dapat dipertahankan dek masa.
Selain itu, beliau merupakan pencipta komik bertajuk “mat dalang” yang diterbitkan dalam akhbar Berita Minggu dan juga majalah-majalah Melayu. Beliau menggunakan nama samaran Lazuardi bagi karyanya ini.
Walaupun sering dilanda kesusahan dan cabaran, semangat beliau tidak pernah sekalipun tergentar. Sedangkan beliau pernah berkata, “para penulis dan pengusaha haruslah membuat pengorbanan. Jika kita mahu menjayakan sastera Melayu kita, kita tidak boleh selalu memikirkan tentang keuntungan yang boleh didapat.” Dengan pemikiran inilah, beliau mengorbankan wang tunai sebanyak $7000 yang didapatnya daripada anugerah Tun Seri Lanang untuk menerbitkan Wak Cantuk, sebuah drama yang dihasilkannya juga.
Pada tahun 1998, setelah 50 tahun bekerja keras demi bidang kesasteraan kita, beliau dikurniakan anugerah Tun Sri Lanang oleh Majlis Bahasa Melyau Singapura.
Kini merupakan seorang persara, Encik Ghani menghabiskan masanya di rumah pangsanya di Tampines, di mana beliau tumpukan masanya untuk usaha-usaha artistiknya. Sekali-sakala, beliau akan pulang ke rumah keduanya yang terletak di Serkan, Melaka. Di situlah beliau dapat melarikan diri daripada kesibukan bandar singapura, dan di situlah juga beliau dapatkan inspirasi bagi karya-karyanya yang sememangnya menyentuh kehidupan kita dalam apa cara sekali pun.