iniFADHILAHpunya!
aku adalah aku,bukan kamu bukan dia.
Saturday, January 10, 2009 9:29 PM

Kerjaya pilihan saya adalah untuk menjadi seorang pengurus fesyen.

Seperti ramai anak-anak muda yang lain, saya amat gemar dengan bidang fesyen. Mungkin ramai yang akan memperkecilkan kerjaya ini kerana ianya tidak setaraf dengan kerjaya lain seperti seorang doktor ataupun peguam. Namun, saya mempunyai minat yang membakar terhadap bidang fesyen ini dan seringkali, saya kagum melihat acara-acara gah di mana para pelakun akan mempamerkan gaya mereka tersendiri.

Orang ramai sering mengaitkan bidang fesyen dengan para pelakun mahupun orang-orang yang kaya raya sahaja. Namun, saya berpendapat bahawa seorang itu tidak perlu mengeluarkan
duit yang banyak untuk kelihatan bergaya. Dengan itu, misi utama yang mendorong saya untuk memilih kerjaya ini adalah untuk mereka pelbagai imej baru yang tidak memerlukan wang yang lumayan.

Namun, cita-cita saya bukan sekadar itu sahaja. Saya ingin sekali bekerja dengan para artis dan mungkin mengambil tugas sebagai pakar fesyen mereka. Saya seorang yang gemar bergaul mesra dengan pelbagai orang tidak kira dari mana asal usul mereka. dengan itu, saya amat berharap bahawa dengan kerjaya seperti ini, saya akan dapat bertemu dengan orang dari pelbagai latar belakang. Kemuncak kerjaya saya tentunya saat saya akan dapat bekerja rapat dengan pelbagai artis tempatan, mahupun artis internasional.

Saya juga berharap bahawa saya akan didedahkan kepada dunia fesyen dengan kerjaya ini. Saya amat berharap bahawa saya akan diberi peluang untuk menghadiri pameran-pameran fesyen oleh para pereka fesyen terkini, seperti jimmy choo. Saya juga akan mengambil catatan tentang cara-cara untuk lebih memdalami ilmu pengetahuan saya tentang bidang fesyen ini dengan menghadiri pameran-pameran sebegini. Malah, saya juga akan mengambil peluang ini sebagai titik permulaan bagi saya. saya berharap bahawa dalam masa yang akan datang, mungkin peluang saya pula untuk mempamerkan gaya-gaya terkini yang telahpun saya ketemui.
Saya mempunyai cita-cita tinggi terhadap bidang fesyen ini, Namun, saya akui akan kenyataan bahawa perjalanan ke puncak kejayaan itu tidaklah senang seperti yang saya jangkakan. Saya juga harus menyiapkan diri secara mental bahawa saya tentunya akan melalui kegagalan demi mencari kejayaan itu, dengan itu, saya haruslah bertekad dan terus berusaha dengan gigih terhadap mengejar impian saya itu.

Saya sedari bahawa mata pelajaran fesyen hanya disediakan di sekolah-sekolah privet, misalnya di Singapura, sekolah Laselle dan juga NAFA; Nanyang Academy of Fine Arts. yuran sekolah bagi colej-colej privet sebegini teramatlah tinggi dan saya tidak boleh menanggung sepenuhnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. dengan itu, saya haruslah rajin menyimpan sebanyak wang saku yang saya mampu supaya menyenangkan lagi perjalan saya ke impian saya itu.

Setiap perjalanan baru tentunya ada susah senangnya, bahkan peribahasa melayu “ laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.” Dengan itu, saya haruslah bekerja keras mulai dari bangku sekolah menengah kini dan saya tidak akan berhenti sehingga impian saya itu tercapai.

fadhilah kamsani(05)
4L1`2009

SATUSATU NYA!

Image and video hosting by TinyPic
SAYA FADHILAH!
saya percaya setiap seorang mempunyai kekuatan/kelemahan sendiri.
saya gemar bercampur bersama bermacam orang,
namun tetap tegas dengan pendirian sendiri.
mungkin saya pernah melakukan kesilapan,
namun saya pelajari dari setiap satu kesalahan saya itu.
saya suka bernakal, tetapi tidak akan menarik orang lain masuk jika saya berada dalam kesusahan.
jika mahu dihormati, hormati saya dulu okae?
(:

MUSIC



credits
designer/codes:
dangerousshow
icon:
1


cakap orang!