iniFADHILAHpunya!
aku adalah aku,bukan kamu bukan dia.
Tuesday, March 10, 2009 5:27 AM

Abdul Ghani Abdul Hamid merupakan seorang penulis Melayu yang telah banyak meyumbang kepada masyarakat melayu kami ini, dari segi bidang penulisan. Encik Ghani, yand dilahirkan pada tanggal 13 April 1933, telah mula menulis pada usia yang cukup muda – sewaktu masih di bangku sekolah lagi. Beliau tidak sahaja merupakan seorang penulis yang cukup hebat, beliau juga seorang pelukis yang telahpun mengambil bahagian dalam lebih daripada 60 pameran lukisan sejak tahun 1950. Beliau juga merupakan pengasas Angkatan Pelukis Aneka Daya, dan telah berjaya meraih 3 anugerah yang cukup gah dan bermartabat tinggi – iaitu anugerah Tun Seri Lanang (1998), Anugerah Penulisan Puisi Melayu Asia Tenggara (1998) dan Medalion Kebudayaan (1999).


Sebagai seorang pelajar di Institusi Raffles, Encik Ghani sering menulis karangan dan juga menyimpan sebuah jurnal. Karya penulisannya itu tidak lama lagi terus meningkat pada tahap penulisan puisi dan beberapa lagi karya penulisan yang berbeza. Hasil penulisannya ini kemudian disumbang kepada akhbar serta risalah-risalah Melayu. Beliau sering terimbas kembali waktu-waktu ketika beliau akan berjalan dari sekolahnya lalau menuju ke sebuah syarikat produksi Melayu pada setiap minggu untuk menerima bayaran bagi setiap penulisan yang beliau sumbangkan. Di Institusi Raffles juga, beliau mengendalikan pameran lukisannya yang pertama bersamaan dengan Youth Festival .


Setelah meninggalkan Institusi Raffles, Encik Ghani menjadi seorang kerani sepenuh masa dengan Lembaga Kemudahan Awam. Walaupun sibuk dengan jadual sehariannya sebagai kerani sepenuh masa dan juga sebagai bapa kepada 4 orang anak, beliau tetap mengusahakan karya-karya tulisan pada masa lapangnya; selalunya pada waktu 9 hingga 12 malam. Di hujung minggu pula, beliau menyalurkan tenaganya pada satu lagi bidang yang sungguh dia minati, iaitu bidang lukisan. Seperti Encik Ghani sendiri berkata, “Jika saya sudah penat menulis, saya akan melukis. Juka saya penat melukis pula, saya akan menulis.” Maka tidak hairanlah jika karya lukisan dan penulisan beliau kedua-duanya mengongsi subjek dan tajuk yang sama.


Encik Ghani bukan sahaja aktif dalam bidang penulisan dan lukisan, beliau juga menceburi bidang seni tempatan. Pada tahun 1962, beliau mengasaskan Angkatan Pelukis Aneka Daya(APAD), dengan moto nya “Secita Mencipta” . dengan bimbingan, kebijaksanaan dan kesetiaannya pada persatuan itu, APAD berjaya meraih banyak kemenangan.
Sketsa-sketsa yang dihasilnya telahpun diperbaharui oleh banyak kumpulan berlainan dan juga sudah berkali dipentaskan pada beberapa festival drama di singapura. Beliau juga menghasilkan drama-drama radio. Malah, satu novel tulisannya “Delima Merah Di Jari Manis” telahpun diperterjemahkan kepada Bahasa Cina. Malangnya, tidak banyak karya manuscript dan typescript nya dapat dipertahankan dek masa.


Selain itu, beliau merupakan pencipta komik bertajuk “mat dalang” yang diterbitkan dalam akhbar Berita Minggu dan juga majalah-majalah Melayu. Beliau menggunakan nama samaran Lazuardi bagi karyanya ini.


Walaupun sering dilanda kesusahan dan cabaran, semangat beliau tidak pernah sekalipun tergentar. Sedangkan beliau pernah berkata, “para penulis dan pengusaha haruslah membuat pengorbanan. Jika kita mahu menjayakan sastera Melayu kita, kita tidak boleh selalu memikirkan tentang keuntungan yang boleh didapat.” Dengan pemikiran inilah, beliau mengorbankan wang tunai sebanyak $7000 yang didapatnya daripada anugerah Tun Seri Lanang untuk menerbitkan Wak Cantuk, sebuah drama yang dihasilkannya juga.


Pada tahun 1998, setelah 50 tahun bekerja keras demi bidang kesasteraan kita, beliau dikurniakan anugerah Tun Sri Lanang oleh Majlis Bahasa Melyau Singapura.


Kini merupakan seorang persara, Encik Ghani menghabiskan masanya di rumah pangsanya di Tampines, di mana beliau tumpukan masanya untuk usaha-usaha artistiknya. Sekali-sakala, beliau akan pulang ke rumah keduanya yang terletak di Serkan, Melaka. Di situlah beliau dapat melarikan diri daripada kesibukan bandar singapura, dan di situlah juga beliau dapatkan inspirasi bagi karya-karyanya yang sememangnya menyentuh kehidupan kita dalam apa cara sekali pun.

Friday, January 16, 2009 4:02 AM

watak mak base
-mak base sudah tua, pengasuh zainuddin
"ujar zainuddin kepada mak base, orang tua yang telah bertahun-tahun mengashunya itu" MS 11
-mak base baik orangnya
"tidak sampai hati meninggalkan pendekar sutan menjaga zainuddin"
MS 13
-mas base murah hati, tidak kedekut
"apa yang ku makan, itulah yang dimakan zainuddin"
MS 17
"terimalah wang ini semuanya"
MS21
-mak base seorang yang penyayang
"prihatin jikalau orang di padang tidak dapat menerima zainuddin"
MS 22

3:51 AM

aku menunggu masa, akan tiba satu saat itu pabila kebebasanku akan kian dikembalikan. siasana sunyi menghimpitku. udara segar, aku butuh udara segar. di sini aku bagaikan terperangkap dalam sejarah hitamku, dihantui keempat-empat tembok kosong yang semakin hari membuat dadah ku resah tiap kali menhirup udara. aku keinginan pancaran matahari. namun segelintir pun tidak ku rasa. akan tetapi, hanya satu insan yang berupaya memberi ku semangat hidup, seorang insan yang suci bak kain putih.

daeng habibah, dialah satu-satunya insan yang menjadi pelita hidupku. tanpa dorongan serta sokongannya selama ini tidak mungkin akan ku hidup kian lama. dia merupakan anak gadis kepada seorang teman yang telah ku temui selama perjalanan hidupku di lingkungan tembok derita itu. tidak akan ku nafikan, aku telahpun melakukan kesalahan yang cukup jijik. meskipun begitu, pernah kah beliau menghinaku? tidak, tidak sekali pun.

malah, aku dijaga dengan rapi. aku tidak akan lupa akan rasa malu dan kesalnya yang dirasa ketika aku dicampak kembali ke dunia di luar bilik sempit itu, daeng habibah juga yang memberi ku tempat tinggal, menjaga dengan rapi setiap makan minum ku. tidak dapat ku elakkan rasa sayang yang semakin membakar di hati. rasa malu serta cahaya hidup yang baruku temui itu membuatku tegas akan pilihanku; aku tidak akan pulang ke tanah air. mungkin tanpa rasa malu itu, tetap tidak akan ku pulang. aku tidak layak menjejak kaki ke tanah tumpah darah ibu ayah ku itu. aku anak derhaka, tidak mungkin dapatku bersua muka dengan insan yang pertama sekali membawaku ke dunia ini.

lama kelamaan aku semakin tertarik pada daeng habibah. mungkin bukan sekadar suka, malah cinta yang ditahap dewasa.
aku memasuk minang, menanyakan jika dia sudi menjadi teman hidupku. tidak ku sangka perasaan cinta ku itu dirasakan kembali. di situ bermulanya hidup baru yang sehingga kini aku rasakan.

fadhilah, farhana, safiah, sabrina
4L1

Saturday, January 10, 2009 9:29 PM

Kerjaya pilihan saya adalah untuk menjadi seorang pengurus fesyen.

Seperti ramai anak-anak muda yang lain, saya amat gemar dengan bidang fesyen. Mungkin ramai yang akan memperkecilkan kerjaya ini kerana ianya tidak setaraf dengan kerjaya lain seperti seorang doktor ataupun peguam. Namun, saya mempunyai minat yang membakar terhadap bidang fesyen ini dan seringkali, saya kagum melihat acara-acara gah di mana para pelakun akan mempamerkan gaya mereka tersendiri.

Orang ramai sering mengaitkan bidang fesyen dengan para pelakun mahupun orang-orang yang kaya raya sahaja. Namun, saya berpendapat bahawa seorang itu tidak perlu mengeluarkan
duit yang banyak untuk kelihatan bergaya. Dengan itu, misi utama yang mendorong saya untuk memilih kerjaya ini adalah untuk mereka pelbagai imej baru yang tidak memerlukan wang yang lumayan.

Namun, cita-cita saya bukan sekadar itu sahaja. Saya ingin sekali bekerja dengan para artis dan mungkin mengambil tugas sebagai pakar fesyen mereka. Saya seorang yang gemar bergaul mesra dengan pelbagai orang tidak kira dari mana asal usul mereka. dengan itu, saya amat berharap bahawa dengan kerjaya seperti ini, saya akan dapat bertemu dengan orang dari pelbagai latar belakang. Kemuncak kerjaya saya tentunya saat saya akan dapat bekerja rapat dengan pelbagai artis tempatan, mahupun artis internasional.

Saya juga berharap bahawa saya akan didedahkan kepada dunia fesyen dengan kerjaya ini. Saya amat berharap bahawa saya akan diberi peluang untuk menghadiri pameran-pameran fesyen oleh para pereka fesyen terkini, seperti jimmy choo. Saya juga akan mengambil catatan tentang cara-cara untuk lebih memdalami ilmu pengetahuan saya tentang bidang fesyen ini dengan menghadiri pameran-pameran sebegini. Malah, saya juga akan mengambil peluang ini sebagai titik permulaan bagi saya. saya berharap bahawa dalam masa yang akan datang, mungkin peluang saya pula untuk mempamerkan gaya-gaya terkini yang telahpun saya ketemui.
Saya mempunyai cita-cita tinggi terhadap bidang fesyen ini, Namun, saya akui akan kenyataan bahawa perjalanan ke puncak kejayaan itu tidaklah senang seperti yang saya jangkakan. Saya juga harus menyiapkan diri secara mental bahawa saya tentunya akan melalui kegagalan demi mencari kejayaan itu, dengan itu, saya haruslah bertekad dan terus berusaha dengan gigih terhadap mengejar impian saya itu.

Saya sedari bahawa mata pelajaran fesyen hanya disediakan di sekolah-sekolah privet, misalnya di Singapura, sekolah Laselle dan juga NAFA; Nanyang Academy of Fine Arts. yuran sekolah bagi colej-colej privet sebegini teramatlah tinggi dan saya tidak boleh menanggung sepenuhnya kepada kedua-dua ibu bapa saya. dengan itu, saya haruslah rajin menyimpan sebanyak wang saku yang saya mampu supaya menyenangkan lagi perjalan saya ke impian saya itu.

Setiap perjalanan baru tentunya ada susah senangnya, bahkan peribahasa melayu “ laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.” Dengan itu, saya haruslah bekerja keras mulai dari bangku sekolah menengah kini dan saya tidak akan berhenti sehingga impian saya itu tercapai.

fadhilah kamsani(05)
4L1`2009

SATUSATU NYA!

Image and video hosting by TinyPic
SAYA FADHILAH!
saya percaya setiap seorang mempunyai kekuatan/kelemahan sendiri.
saya gemar bercampur bersama bermacam orang,
namun tetap tegas dengan pendirian sendiri.
mungkin saya pernah melakukan kesilapan,
namun saya pelajari dari setiap satu kesalahan saya itu.
saya suka bernakal, tetapi tidak akan menarik orang lain masuk jika saya berada dalam kesusahan.
jika mahu dihormati, hormati saya dulu okae?
(:

MUSIC



credits
designer/codes:
dangerousshow
icon:
1


cakap orang!